Malam itu kelam..hanya cahaya bulan y terpancar disebalik sisip2 dinding kayu kamarku sajer y menerangi ruang y serba kurang ini…disaat ini,mungkin aku saja y masih lgi enggan melelapkan mata y sedia terbuka…emmm makin cubaku pejam tetapi lena tidak menyebelahiku,dadaku semakin kuat berdetup sehingga adakalanyer nafasku terasa hilang seketika… Ya Allah…Ya Rabb…Ya Rahman…astaghfirullah hal a3zim…astaghfirullah hal a3zim….astaghfirullah hal a3zim…tiada kalam dan kate selain zikrullah dan doa membasahi lidahku tika ini…tiba2 imbasan lampau dosaku dan kemaksiatan y aku lakukan bermain-main di mindaku…air mataku berlinangan membasahi pipi ini seakan-akan aku tersedar dri lena dunia y membuaiku dan membuatkan aku lalai..esakan tangisku serta kepedihan jiwaku terasa bagaikan satu tanda penyesalanku keatas apa y telah aku lakukan…adekah hari esok untuk ku…adekan hari esok untuk aku menebus salahku….lekaku…lalaiku… Allah…
“Ya Rabb..aku hambamu y lemah lgi hina y sering terleka dengan keindahan dunia hingga Mengabaikan tugasku sebagai hamba dan khlifah Mu serta hampir melupakan nikmat y Engkau beri padaku…Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kesihani la hambumu ini Ya Allah…Ampunkanlah dosaku Ya Allah…Ampunkanlah dosaku Ya Rahim…Ampunkanlah dosaku Ya A3zizul hu Ya A3lim….”
(Tiap sesuatu itu ada penggilapnya.Penggilap hati ialah zikrullah.Tidak ada perbuatan yg lebih menyelamatkan sesorang dari azab Allah lain dari zikrullah,"Sahabat bertanya:"Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya)."Jawab Rasulullah s.a.w : "Walaupun ia terus mencantas musuh dgn pedang sampai patah"-Riwayat Al-Baihaqi)
Badanku mengiring mengadap ke kanan….kedua belah tapak tangan ku rapatkan dan ku selit dibawah pipiku y masih lgi basah…kelopak mataku tertutup rapi bagai tidak dipaksa…bibirku xlgi berbicara saat itu…denyuta nadi seakan berdegup selesa seperti sedia kala…
**************************************
Kiter sering mendegar pakar motivasi berkater…KITER ADALAH APER YANG KITER FIKIRKAN….
kiter juga sering terdengar pakar kesihatan berkater…BERFIKIRLAH DEGAN POSITIF mudah-mudahan hari2 y kamu lalui itu akan selalu ceria…
dan kiter juga sering mendengar cendiakawan agama kiter berkater….MUHASABAH DIRI,agar hari ini lebih baik dari hari semalam…
Siapa pun y berkata itu tidak penting tpi ilmu y diucapkan itu y boleh memberi kiter kesedaran diseblik leka… moga dari hari ke hari kiter akan jadi baik…lebih baik dan terbaik disisi Allah….insyaAllah….ameen ya rabb…
Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Same2 lah kiter renungi….Kiter adalah aper y kiter fikirkan….:)
Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah...
Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan untuk kiter....
Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :
azab api neraka,
azab kubur,
mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
kejauhan dari rahmat Allah swt serta
tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
dan lain-lainnya.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
penceraian akan berlaku akibatnya,
pasangan zina mengandung,
bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
apa akan jadi kepada anak-anak ?,
kejian masyarakat,
ditangkap basah dan diumum di media,
adik beradik mengeji,
akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
KAWALAN
Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-
Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )
17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )
Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
haaaa...aper laa y selamat...selamat...dan selamat eiyka ni kan...huhu...sedar x sedar da ramai pun kawan2 y telah betunang n da selamat diijabkabulkan...cm x cayer ja kan...huhu...junior2 pn telah mendahului akak2 nmpaknyer....aishh x leh jdi ni...langkah bendul ni....huhuhu...
aper2 pun Selamat Penganting Baru pada y sudah selamat diijabkabulkan,dan y da betunang lak Selamat Bertunang dan bahagia selalu...n y dah pun nk menimang cahaya mata Semoga Sehat2 selalu n Selamat Melahirkan....
haaaiiii syoknyer laaa dgr citer kawan2...huhuhu okkeeyy laaa klu citer ja x best lak klu x diiringi dgn foto2nye tul x....so jom laaa kiter tgok hari gembira sahabat2....yukkk...
saper nii??? kenal x??? ni laa Fatihah & Mazlan...
ni laa antara sahabat2 y hadir mase kawen kak fatihah ri tu.... (eiyka pn ader mase ni cumer lambt smpi tu y x der dlm gamba tu huhu...)
ni pulak Nisa & Epul....
ni antara sahabat2 y hadir... (haa.. mase ni mmg eiyka x dpt dtg sbb kejer esoknyer tp x per nnt chik der nk wat kenduri lgi..i.Allah bleh dtg)
my junior...wana n ???....sbenanyer x tau pn wana kawen huhu... (tgok2 dlm fb pastu jumper...gamba ni....jgn marah ae wana x ta name suaminyer...)
ni pun junior jgk..name dia panjang sgt klu nk sebut...bile dipendekan jadilah Pah....huhu