Thursday, September 13, 2012

Ku damba JannahMU

SubahanAllah... Walhamdulillah.... Wa La Ila Ha IllAllah....Allah hu Akbar....
Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan kita pada hari ini...esok dan hari2 berikutnya adalah ketentuan Allah yang tersimpan didalamnya hikmah yang kita perlu cari....kerana kehidupan kita di dunia ini hanyalah persinggahan bagi menambah dan membuat amalan untuk bekalan menuju Kehidupan Abadi..... Sambutlah sesuatu ujian itu dengan senyuman walaupun ia berat untuk kita lalui.... Leraikan dengan positif..... Sabar dan Tabah dalam mengharunginya.... Teruskan memperbaiki diri untuk terus sujud kepadaNYA.... Percayalah wahai hati..... Sesungguhnya Allah tak kan sekali memberatkan hambanya dengan apa yang tidak mampu digalasnya...... It`s all about "The Climb"... Semoga setiap cabaran,ranjau dan jerih dapat kita sama2 lalui dengan penuh keimanan,tabah dan sabar dalam pendakian menuju jannahNYA...

Thursday, January 12, 2012

Selalu dalam Kenangan...



bismillah...

masa yang lepas jauh meninggalkan kita tapi kenangan pahit dan manis,luka dan kecewa masih kekal diingatan menjadi pendamping setia...kadangkala seakan baru saja ianya berlalu, tanpa kita sedar sesungguhnya kita telah pun mula melangkah ke lembaran hidup yang baru...Subahanallah


...kita tahu apa yang kita lakukan...orang kata teman lebih mengenali kita dari diri kita sendiri...adapun menurut sahabat sy, penasihat yang paling baik untuk diri kita adalah ibu bapa kita sendiri yang mana, nasihat mereka telus dari hati dan kata2 mereka seikhlas kasih sayang yang mereka tunjukkan...


...Jadilah yang terbaik walaupun kita sering melakukan kesalahan,kerana belajar menjadi yang terbaik itu mungkin boleh menambah kembali kekurangan dalam diri kita...agar yang terbaik itu beransur-ansur menjadi peribadi diri kita...i.Allah...ayat ini yang sering sy teringatkan...walaupun susunan ayatnya telah diolah tetapi masih lagi dalam maksud yg sama...juga datangnya dari sahabat sy y setia dulunya tapi kini jaraknya beransur jauh sejauh kaki melangkah...

Kadangkala kata2 dan ungkapan yang diucpkan mereka, seakan terngiang2 ditelinga sy terima kasih diatas segalanya sahabat....Walau apa jua halangan dan cabaran yang mendatang tempuhilah dengan sabar dan beteras iman...agar hidup kita tidak akan tesasar jauh dariNYA...

Pengalaman hari lepas mengajar kita untuk kita lebih kuat dan tabah menghadapinya...sy amat merinduinya kerana ia mengajar sy erti ikhlas,kasih,setia,sabar dan menjadi lebih matang dalam meneruskan kehidupan kala ini....Semoga semuanya bahagia dan redha dalam kehidupan dan buatlah sesuatu yang kita merasa suka padanya....dengan itu,sedikit sebanyak akan menghilangkan kepahitan yang pernah singgah dulu....semuanya akan baik-baik saja...i.Allah...

Keabadianmu tersemat bersama kenanganku yang xkan pernah hilang...Maafkan segala kesalahanku sahabat....

Sunday, April 24, 2011

Pelayaran yang tidak dijangkakan....


Pelayaran yang panjang menuntut kesabararan nakhoda melayari segala rintangan dan halangan yang datang menimpa....

Taufan,Angin kencang serta ombak yang kuat membuatkan layar kapal koyak serta hampir kesemua barang didalam kapal itu rosak dan tidak boleh digunakan lagi dan kapal terumbang ambing dikawal ombak....

Setiap ketika nakhoda tidak pernah jemu memperbaiki sedikit demi sedikit kapalnya supaya ianya menjadi sama seperti keadaan kapalnya sebelum ini...tanpa dikira waktu kesungguhannya membaiki kapal itu....

sehinggalah malam itu...si nakhoda terbaring kepenatan diatas kapalnya...sambil memandang ke langit...terdetik dihatinya ketika itu " Alhamdulillah...walaupun kapalku keadaanya tidak seindah dulu tapi ianya seakan sempurna seperti dulu..."


alhamdulillah...

alhamdulillah wa syukru lillah...masih ada hari untuk aku bernafas hari ini 24 april 2011...Allah masih memberi peluang untuk kiter samer2 memperbaiki diri dan memberi peluang merasai nikmat Agungnya pada kiter semua...alhamdulillah...

SubahanAllah...Walhamdulillah....Wa Allahuakbar... setiap apa yang Allah berikan kepada kiter baik mahupun buruk adalah untuk menguji keimanan kiter kepadaNYA...adakah kiter setia mengingatiNYA di dalam apa sekali pun keadaan....dan apa sekali yang berlaku sepanjang kehidupan kiter, suka atau pun tidak semuanya datang dengan tujuan dan datang dengan segala hikmahNYA yang menuntut akal,hati dan iman untuk kiter fikirkannya...


Semakin kiter jauh dariNYA semakin DIA dekat menghampiri kiter....
perkataan ini sering eiyka terjumpa di bait2 nasyid dan terdengar di majlis2 ilmu...
Keimanan seorang individu itu selalu naik dan turun tidak seperti para nabi selalu meningkat dan tidak juga seperti para malaikat yang sentiasa tetap...Jadi sejauhmana kiter melangkah...beribu kali kiter terjatuh dan tersungkur...
bangkitlah!!!!..bangkitlah!!!!....bangkitlah!!!
teruskan kehidupan yang masih lagi berbaki...Perbaiki keadaan...
Sesungguhnya Allah itu Pemberi Rahmat dan Maha Pengampun....

Saturday, October 23, 2010

Ketenangan itu indah…

Bismillah….

Malam itu kelam..hanya cahaya bulan y terpancar disebalik sisip2 dinding kayu kamarku sajer y menerangi ruang y serba kurang ini…disaat ini,mungkin aku saja y masih lgi enggan melelapkan mata y sedia terbuka…emmm makin cubaku pejam tetapi lena tidak menyebelahiku,dadaku semakin kuat berdetup sehingga adakalanyer nafasku terasa hilang seketika… Ya Allah…Ya Rabb…Ya Rahman…astaghfirullah hal a3zim…astaghfirullah hal a3zim….astaghfirullah hal a3zim…tiada kalam dan kate selain zikrullah dan doa membasahi lidahku tika ini…tiba2 imbasan lampau dosaku dan kemaksiatan y aku lakukan bermain-main di mindaku…air mataku berlinangan membasahi pipi ini seakan-akan aku tersedar dri lena dunia y membuaiku dan membuatkan aku lalai..esakan tangisku serta kepedihan jiwaku terasa bagaikan satu tanda penyesalanku keatas apa y telah aku lakukan…adekah hari esok untuk ku…adekan hari esok untuk aku menebus salahku….lekaku…lalaiku… Allah…

Ya Rabb..aku hambamu y lemah lgi hina y sering terleka dengan keindahan dunia hingga Mengabaikan tugasku sebagai hamba dan khlifah Mu serta hampir melupakan nikmat y Engkau beri padaku…Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kesihani la hambumu ini Ya Allah…Ampunkanlah dosaku Ya Allah…Ampunkanlah dosaku Ya Rahim…Ampunkanlah dosaku Ya A3zizul hu Ya A3lim….”


(Tiap sesuatu itu ada penggilapnya.Penggilap hati ialah zikrullah.Tidak ada perbuatan yg lebih menyelamatkan sesorang dari azab Allah lain dari zikrullah,"Sahabat bertanya:"Jihad fisabilillah pun tidak boleh (menandinginya)."Jawab Rasulullah s.a.w : "Walaupun ia terus mencantas musuh dgn pedang sampai patah"-Riwayat Al-Baihaqi)


Badanku mengiring mengadap ke kanan….kedua belah tapak tangan ku rapatkan dan ku selit dibawah pipiku y masih lgi basah…kelopak mataku tertutup rapi bagai tidak dipaksa…bibirku xlgi berbicara saat itu…denyuta nadi seakan berdegup selesa seperti sedia kala…


**************************************


Kiter sering mendegar pakar motivasi berkater…KITER ADALAH APER YANG KITER FIKIRKAN….

kiter juga sering terdengar pakar kesihatan berkater…BERFIKIRLAH DEGAN POSITIF mudah-mudahan hari2 y kamu lalui itu akan selalu ceria…

dan kiter juga sering mendengar cendiakawan agama kiter berkater….MUHASABAH DIRI,agar hari ini lebih baik dari hari semalam…

Siapa pun y berkata itu tidak penting tpi ilmu y diucapkan itu y boleh memberi kiter kesedaran diseblik leka… moga dari hari ke hari kiter akan jadi baik…lebih baik dan terbaik disisi Allah….insyaAllah….ameen ya rabb…

Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)

Same2 lah kiter renungi….Kiter adalah aper y kiter fikirkan….:)

Wednesday, October 20, 2010

Untuk perkongsian bersama..

bismillah...

Setiap jiwa merindui kebenaran Ilahi, kerana di sebalik kerinduan itu tersimpan kenikmatan yang paling indah, yang sangat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Hanya jiwa yang beriman dalam meneguk makrifatullah yang dapat merasakan betapa agungnya jiwa yang mahmudah...

Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan untuk kiter....

----------------------------------------------------------------------------------------------

Jika Terfikir Lakukan Maksiat...

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

www.zaharuddin.blogspot.com

Semua individu pasti akan terlintas untuk melakukan maksiat dan dosa, khususnya yang melibatkan dorongan seksual. Lantaran itu hasil kerja professional Syaitan dan itu juga ajakan nafsu kebinatangan yang ada di dalam diri kita. Setiap kali terfikir maksiat terbabit pasakkan dalam hati dan minda akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :

  1. azab api neraka,
  2. azab kubur,
  3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
  6. dan lain-lainnya.

Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-

  1. penceraian akan berlaku akibatnya,
  2. pasangan zina mengandung,
  3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  5. apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  6. kejian masyarakat,
  7. ditangkap basah dan diumum di media,
  8. adik beradik mengeji,
  9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
  10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat,
  11. mati ketika zina dan khalwat dilakukan,
  12. dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

KAWALAN

Panduan Kawalah nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
  6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
  16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

20. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

21. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا

Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

29 Julai 2009

Friday, October 1, 2010

SelaMaT sELamAt & SeLAmaT....

Bismillah..

haaaa...aper laa y selamat...selamat...dan selamat eiyka ni kan...huhu...sedar x sedar da ramai pun kawan2 y telah betunang n da selamat diijabkabulkan...cm x cayer ja kan...huhu...junior2 pn telah mendahului akak2 nmpaknyer....aishh x leh jdi ni...langkah bendul ni....huhuhu...

aper2 pun Selamat Penganting Baru pada y sudah selamat diijabkabulkan,dan y da betunang lak Selamat Bertunang dan bahagia selalu...n y dah pun nk menimang cahaya mata Semoga Sehat2 selalu n Selamat Melahirkan....

haaaiiii syoknyer laaa dgr citer kawan2...huhuhu okkeeyy laaa klu citer ja x best lak klu x diiringi dgn foto2nye tul x....so jom laaa kiter tgok hari gembira sahabat2....yukkk...


saper nii??? kenal x??? ni laa Fatihah & Mazlan...



ni laa antara sahabat2 y hadir mase kawen kak fatihah ri tu....
(eiyka pn ader mase ni cumer lambt smpi tu y x der dlm gamba tu huhu...)



ni pulak Nisa & Epul....



ni antara sahabat2 y hadir...
(haa.. mase ni mmg eiyka x dpt dtg sbb kejer esoknyer tp x per nnt chik der nk wat kenduri lgi..i.Allah bleh dtg)



my junior...wana n ???....sbenanyer x tau pn wana kawen huhu...
(tgok2 dlm fb pastu jumper...gamba ni....jgn marah ae wana x ta name suaminyer...)



ni pun junior jgk..name dia panjang sgt klu nk sebut...bile dipendekan jadilah Pah....huhu


Haaaa akak2 abang2 biler lgi...huhuhu....k lah ae semoger bahagia dan selamat semuanyer....daaaa :)

Monday, August 2, 2010

...Hakikat Nurani...


Alhamdulillah…

Lama sudah tidak mencoretkan sesuatu di ruangan ini…

Rintangan dan halangan dalam kesungguhan kadang2 amat memenatkan…tpi itu lah y Allah tetap kan atas pemilihan jalan y kite sendiri inginkan…selagi jalan itu difikirkan baik selagi itu lah kita akan menapak dijalan y sama….tetapi apabila kita rasekan y jalan itu byk lopak dan lecah kita akan menukar laluan y lain bimbang kalu2 kaki kita kotor dan terluka klu meneruskan perjalanan kelak…

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Buku rindu sepohon tin telah mengamitkan kenangan semalam di bumi ambiya` itu…x dpt digambarkan kerinduaan ini ,hanya butiran air mata y bederai jatuh kebumi saja y dapat berbicara tika itu...amat rindukan kenagan2 disana…tp bknlah musim,makanan atau buah-buahannya y membuatkn kerinduan itu makin membuak-buak melainkan biah solehah dan ketenangan y dirasai di bumi ambiya….


masjid dan makam sohabi,muktah


Hakikat… hati nurani y di ciptakanNYA sgt igin kan kebaikan bkn sebaliknya… skalipun keinginan dan kehandak kita y membuatkan kita rase jauh dari hakikat itu…kdg2 membuatkan kita rase berdiam diri itu lbih baik dari membuat sesuatu…tp perjalan harus diteruskan demi mencari redhNYA walau byk ujian y perlu kita hadapi..

.…tidak Allah menjadikan sesuatu ujian itu melainkan ianya mampu untuk hambanya...

…Allah akan menguji hamba y dikasihiNYA…

Ada hikmah dan intipati y Allah ingin kita tahu disebalik ujian y dibebankan…bukan lah suatu y sia2 kecuali bgi org2 y tidak memikirkannya….

Masih ada masa dan waktu jika perubahan itu lah y terbaik untuk kita…Diri kitalah y akan menetukannya..jika kita iginkan y terbaik pasti Allah menolongnya…pokok pangkalnya adalah diri kita sendiri bkn lah sesiapa…

….Allah x kan mengubah nasib sesuatu kaum itu,sehingga kaum itu lah y ingin mengubah nasib mereka sendiri…

Melangkah itu mudah,namun mencari arah itu terkadang payah. Mencari jalan itu mudah,namun memahami destinasi itu yg susah. Menyusuri susur itu mudah,namun menuju noktah itu mendtgkan lelah...

Dalam semua ini... Menjaga istiqamah itu plg susah dn payah. Mudh2an perjalanan sentiasa dalam lindungan dan penjagaanNya...

“.. Ya Allah,redhailah aku dgn ketetapanMu,dan berkatilah apa yg telah ditetapkan kpdku,sehingga aku tidak perlu terburu dgn apa yang Engkau tangguhkan dan takkan tertunda sesuatu yg sudah sampai masanya...”

~ 31 julai 2010/sabtu ~

 
Free Blogger Templates Blogger Styles